Friday, August 13, 2021

Biodata ringkas Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiez

 

Ringkasan biodata Sayyidil Habib  Umar Bin Muhammad bin Salim bin Hafiez

Ibnu as-Syeikh abu Bakr

Bin Salim


 Saya menulis ini dengan meminta bantuan dan keberkatan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, selawat dan salamNya keatas junjungan kita Nabi Muhammad dan keatas keluarga dan para sahabat dan tabiin sehingga hari bertukar alam


adapun selepasnya :


maka ingin saya sampaikan biodata salah seorang ulama yang terkenal dengan kemasyhurannya dalam berdakwah untuk kita lebih mendekati bukan beliau sahaja bahkan dapat mengenal ulama' ulama lain dari segi kesungguhan mereka dalam menuntut ilmu dan menyampaikannya kepada ummat, ini hanyalah artifak atau contoh yang pernah ulama-ulama sebelum kita lalui yang berada pada akhir zaman ini. masih lagi tradisi tuntutan ilmu dan dakwah itu berlaku zaman salaf sampai akhir-akhir ni hatta ulama nusantara terkenalnya mereka sampai mengajar di tanah Suci Mekkah seperti Tok kenali dan lain-lain ramai lagi. kita keluarkan dari kotak salah seorang dari mereka yang mana sekarang sangat terkenal.* 

semoga tulisan yang kecil ini bermanfaat buat kita semua dan dapat kita mengenal jasa-jasa mereka yang hanya untuk menyampaikan islam ke seluruh pelusuk dunia, dan semoga dengan kita dapat mengenal mereka, dapat  kita mencintai mereka (tak terkecuali) dan Allah akan menguatkan semangat kita untuk mengikuti mereka dan memberi taufiq untuk melakukannya dengan itu Allah mengumpulkan kita semua bersama mereka di sana kelak bersama ketua penghulu mereka Nabi Muhammad (S.A.W) Aamiin.


*peringatan; ini bukan melaga-lagakan ulama atau melebih2kan antara satu sama lain dan merendahkan yang lain kita amat dilarang bahkan mengangkat martabat seluruh ulama' di martabat mereka

 

Habib Umar sewaktu beliau keluar berdakwah waktu dulu


Beliau adalah Ad-Da'iyah Al-Allamah Al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiez bin Abdullah bin Abi Bakr bin Aidrus bin Umar bin Aidrus bin Umar bin Abi Bakr bin Aidrus bin Al-Husain bin  As-Syeikh Abi Bakr bin Salim bin Abdullah bin Abdurrahman bin Abdullah bin As-Syeikh Abdurrahman As-Seggaf bin Muhammad Maula Dawilah bin Ali bin Alwi ibn Al-Faqeeh Al-Muqaddam Muhammad bin Ali bin Muhammad Shohib Mirbath bin Ali bin Alwi bin Muhammad Maula Shouma'ah bin Alwi bin Ubaidullah bin Al-Muhajir Ila Allah Ahmad bin Isa bin Muhammad An-Naqib bin Ali Al-'Uraidhi bin Ja'afar As-Shodiq bin Muhammad Al-Baqir bin Ali Zainal Abidin bin Al-Husain cucu Rasulullah bin Ali bin Abi Tholib isteri beliau Fathimah Az-Zahra binti Sayyidina Muhammad penutup segala para-para Nabi dan Rasul



nasab keturunan beliau yang sampai kepada Rasulullah(S.A.W) dikatakan nasab silsilah zahabiyyah (keemasan) bagaimana tidak nasab keturunannya dan ilmu yang sampai kepada Rasulullah(S.A.W)
imam bin imam bin imam hatta Rasulullah
alim bin alim bin alim hatta Rasulullah
tarbiyah akhlaq dari ayah ke datuk hatta Rasulullah.

 

   Darah kelahiran beliau telah tumpah di kota Tareem, Hadramawt, selatan yaman sebelum terbit fajar hari isnin, 4 Muharram 1383H (bersamaan 27 mei 1963M), di situlah beliau membesar dan menghafal Al-Quran Al-Karim kesemuanya, beliau dididik dan ditarbiah dengan pendidikan yang sangat baik dibawah patauan ayah beliau dengan suasana ilmu agama serta keimanan dan kerohanian dan akhlaq-akhlaq yang baik. Beliau sering menghadiri kelas pengajian sewaktu kecil lagi bahkan sewaktu bayi lagi ayah beliau sering membawanya ke kelas-kelas pengajian.

 

habib umar (kecil) bersama ayahnya bersama beberapa tokoh ulama' 

Beliau menimba Ilmu Syariah daripada Ulama' besar yang beliau sempat Bersama mereka di Hadramawt lebih-lebih lagi ayah beliau sendiri yang merupakan mufti Tareem (seperti yang telah disbutkan di posting yang lalu)

 

Beliau mula mengajar dan berdakwah pada usia 15tahun sekaligus beliau terus mendalami ilmu agama dan menimba ilmu tersebut daripada ahlinya dengan cara bertalaqqi

 

Kemudian apabila suasana menjadi geting dek kerana penjajahan puak komunis di negeri hadramawt pada Ketika itu, beliau berpindah ke kota baidha’ yang berada di utara yaman ketika di awal bulan safar tahun 1402H (bersamaan bulan disember 1981M) kemudian beliau menetap di Ribat al-Haddar (pondok), Kota Baidha’ dibawah jagaan Al-Habib Muhammad bin Abdullah Al-Haddar di sana beliau belajar dan mengajar serta sering membuka kelas-kelas pengajian dan perkumpulan yang membahas tentang ilmu agama, beliau juga keluar berdakwah di celahan kota Baidha’,  Hudaidah dan Ta’iz (dua negeri yang terletak bersebelahan kota Baidha).

guru beliau
(gambar) ketika di Kota baidha' 
yang memegang ridak hijau (kiri) habib muhammad bin abdullah al-haddar
yang ridak hijau (kanan) habib abdul qadir bin ahmad as-saggaf
ditengah2 penampakan habib umar waktu mudanya (spek)



Pada tahun yang sama beliau berulang alik ke 2 Kota suci Haram Mekah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah pada awal bulan Rejab tahun 1402H (bersamaan 1982M) dan mencedok ilmu daripada Al-Habib Abdul Qadir bin Ahmad As-Seggaf, As-Sayyid Muhammad Alwi Al-maliki dll. yang berada di sana


Pada pertengahan tahun 1411H (bersamaan 1990M) beliau menuju ke negeri Shalalah negara kesultanan Oman, dan menetap disana selama lebih kurang setahun setengah dimana menfokuskan dan memberi perhatian beliau menyampaikan agama dengan mengadakan majlis-majlis ilmu, mendekatkan para pemuda kepada agama dan menyedarkan mereka tentang hal ehwal agama mereka.

Habib abdullah bin abdurrahman bin syeikh abi bakr bin salim pengasas ribat musthofa suatu ketika dahulu di kota syihir

 

Setelah itu pada tahun 1413H (bersamaan 1992M) beliau berpindah ke kota Syihir (kota perlabuhan kecilk pp dan nelayan), dimana beliau meneruskan perjalanan dakwah dalam lapangan hidup beliau dengan mendirikan kelas-kelas pengajian di Ribat Al-Musthofa pusat pengajian Islam di kota Syihir yang diasaskan (sebelum penjajahan lagi) oleh Al-Habib Abdullah bin Abdurrahman ibn As-Syeikh Abi Bakr bin Salim (wafat 1384H bersamaan 1965M)

 

(Darul Musthofa)


Beliau kemudiannya Kembali semula ke tampat asal beliau di kota Tareem dimana suasana disana telah menjadi tenang dan selamat, meneruskan dakwahnya bersama pelajar dari Ribath Al-Musthofa hari demi hari daripada menyewa rumah sampailah dapat meletakkan batu asas bangunan Pusat Pengajian Islam Darul Musthofa pada tahun 1414H (besamaan 1994M) sampailah pada hari pembukaan rasmi pada hari Selasa 29 Zul-Hijjah tahun 1417H (bersamaan 6 mei 1997M) dengan tiga asas tujuan utama yang dititikberatkan :



  •         "Ta'allum Ilmi"  menuntut Ilmu Syariat dan segala yang berkaitan dengannya dengan cara Talaqqi daripada ahlinya serta dengan sanad-sanadnya

  •           "Tazkiyah an-Nafs" (penyucian diri, hati daripada sifat-sifat mazmumah dan dihiasi dengan sifat-sifat mahmudah) serta etika dan tatakrama memperbaiki akhlaq

  •       "Dakwah ila Allah"  Menyebarkan Ilmu yang bermanfaat (mempelajari ilmu dan mengamalkannya) serta berdakwah (membawa orang yang lalai kepada sedar, orang yang bermaksiat kepada bertaubat, orang yang  jauh daripada Allah kepada hampir denganNya)


 Misi Dar : 

“غرس الإرث النبوي في ذوات تنشره”


"menanamkan warisan nabawi (ilmu, akhlaq dll.) pada diri zat (insan) lalu menyebarkannya"

  *(atau sama makna dengannya)


Sehingga kini masih lagi disambut ketibaan pelajar baru, pengunjung ziarah, dll.* daripada pelusuk dunia.

*waktu pandemik lebih kurang berbanding sebelumnya.


beliau juga menitikberatkan mangkuk keagamaan dan kerohanian di Kota Tareem dengan mendirikan majlis-majlis ilmu dan perkumpulan harian, mingguan, bulanan dan tahunan salah satunya "Jalsah Isnin" (mengenal tafsir Al-Quran serta petunjuk hidayahnya) diadakan setiap minggu malam selasa dll dan menghadiri juga majlis-majlis yang sedia ada.


Beliau juga sering keluar berdakwah diluar negeri dan bermacam-macam negara sudah kedengaran suaranya serta telah memijakkan kakinya yang beliau wakafkan hanya untuk beribadah kepada Allah dan mengajak manusia kepadaNya seperti; negeri Syam (syiria), Mesir, Sudan, India, Pakistan, Indonesia, Malaysia, Singapore, Sri lanka, Kenya, Tanzania, Madrid, Australia dll.

 

antara gambar beliau sewaktu muda


Bersambunglah antara tali beliau dan Ulama’ di seluruh dunia seperti menghadiri muktamar ulama’ di Malaysia, Al-Azhar As-Sharif mesir , Briton dll. atau dengan secara ziarah mahabbah kerumah atau madrasah ulama'


Guru-guru beliau yang beliau sempat bertalaqqi dengan mereka diantaranya :

  •  Ayahanda beliau sendiri (mufti Tareem) tarbiyah akhlaq dan ilmu dll.
  • Abang kandungnya Al-Habib Ali bin Muhammad Al-Masyhur
  •  Al-Habib Muhammad bin Alwi bin Syihabuddin
  •  Al-Munsib Al-Habib Ahmad bin Ali bin As-Syeikh Abi Bakr bin Salim
  • Sultanul Ulama' Al-Habib Salim bin Abdullah As-Syathiri dll yang berada di hadramawt

 

 adapun di belah utara yaman diantaranya :

  • Al-'Arif Al-Habib Muhammad bin Abdullah Al-Haddar
  • Al-Habib Zain bin Sumaith
  • Al-Habib Al-Musnid Ibrahim bin Aqil dll.
(Kiri) habib ibrahim bin umar bin aqil, habib zain bin sumaith. guru beliau


guru beliau
(dari kiri) habib abdullah bin muhammad al-haddar,
as-sayyid muhammad bin alwi almaliki, 
habib umar bin muhammad bin hafiez

Di Kota Suci Mekkah dan Madinah diantaranya :

  • Al-Arif Al-Habib Abdul Qadir bin Ahmad As-seggaf
  • Al-Muhaddis As-Sayyid Muhammad bin Alwi Al-Maliki
  • Al-Habib Ahmad Masyhur bin Taha Al-Haddad dll.
beliau juga disana mengambil Ijazah sanadnya yang daripada Al-Musnid As-Syeikh Muhammad Yasin Al-Fadani (Ulama nusantara) *wafat tanggal 1410H bersamaan 1990M
guru beliau
(kiri) habib abdul qodir bin ahmad as-saggaf,
habib ahmad masyhur bin taha al-haddad.

*pada hakikatnya ramai lagi guru-guru beliau yang tidak disebutkan.



Karangan atau karya beliau antaranya :

  • Az-Zakhirah Al-Musyarrafah (kitab ringkas fiqah)
  • Khuluquna (akhlaq kami)
  • Adhiyaul Lami' Bi Zikri Maulid An-Nabi As-Syafi' (kitab Maulid)
  • Durusul Asas Fi An-Nahw (kitab ringkas nahwsaraf)
  • Mamlakatul Qalb Wal A'dhaa' (kitab Tasawwuf)
  • Taujihatut Thullab (peringatan beliau terhadap murid2nya)
  • dan banyak lagi karangan beliau)


Majlis-Majlis yang beliau adakan di Tareem : 
  • Harian seperti : Rawhah (kelas petang) membacakan kitab Ihya' Ulumuddin, Syamail Muhammadiyyah dll.
  • Mingguan selain jalsah Isnin seperti : Bacaan Maulid Nabi membaca sirah Baginda (S.A.W) dan mendengar tausiyah dan berdoa dan munajat kepada Allah
  • Bulanan seperti : Hadrah badriyyah membaca zikir di awal tiga pertiga malam beramai-ramai
  • Tahunan seperti : Dawrah 40 hari musim panas (yang diadakan pada awal bulan 7 masihi)
dan lain2 lagi 


*dalam ahli sunnah wal jamaah kita kena setabilkan cinta kita kepada para sahabat dan ahlu-bait (keluarga Rasulullah) mengikut Al-Quran dan Hadis Nabawi seperti dua sayap kerana ada segolongan mencintai ahlul bait sahaja dan mencela sahabat dan ada yang mencela ahlulbait  dan mencintai sahabat kita wasatiyyah ditengah-tengah


Beliau sewaktu mudanya



ziarah dakwah beliau ke indonesia




 mohon maaf atas kekurangan hanyalah untuk menambahkan kecintaan kita dan semangat kita untuk mengikuti mereka dari segi akhlaq dan menuntut ilmu dan semoga atas asbab kita mengenal mereka kekasih-kekasihNya, Allah memandang kita dengan pandangan rahmat kasihsayangNya dan mengumpulkan kita bersama mereka seperti mana (Allah menjaga kita daripadanya) mengenal orang-orang kafir musuh Allah serta orang munafik dan mencintai mereka apatahlagi mengikuti jejak langkah mereka akan dikumpulkan bersama mereka (kita minta perlindunganNya Allah daripada ini)  

sepertimana didalam Hadis banyak menggalakkan dan menyuruh kita untuk mencintai mereka salah satunya : dikatakan "(meminta pendapat Baginda S.A.W) seorang lelaki (insan) mencintai suatu kaum tetapi tak dapat menyertai mereka (belum atau tak mampu untuk beramal seperti amalan mereka seperti banyak solat, puasa, sedekah, serta penuh keikhlasan, tawadhuk dll.) maka Rasulullah (S.A.W) bersabda : 


(("Seseorang itu bersama dengan orang yang ia kasihkan")).


 

 

mohon ditegur jika salah silap disedari

serta semoga diberkati segala gerak-geri

Insyallah bermanfaat buat seluruh ummat

sekian dari al-faqir ila Allah :

 

          muhammad afwin abduh

bin muhammad asmuei mubin 



 و صلى الله على سيدنا محمد و  

 آله و صحبه و سلم 

والحمد لله رب

 العالمين

الله تعالى

اعلم 



 

No comments:

Post a Comment

Biodata ringkas Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiez

  Ringkasan biodata Sayyidil Habib   Umar Bin Muhammad bin Salim bin Hafiez Ibnu as-Syeikh abu Bakr Bin Salim   Saya menulis ini denga...