Wednesday, August 11, 2021

Kisah Penculikan ayah Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafiez

Saya menulis ini dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani, segala puji bagj Allah Tuhan sekalian alam, selawat dan salam keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad serta para shahabat dan keluarga Baginda

Adapun selepas ini

Maka Sedikit dari kisah kemalangan berlaku kepada Habib Muhammad Bin Salim Bin Hafiez (ayahanda Habib Umar) dalam bentuk penculikan. 
 
   (kiri) Habib Muhammad bin Salim bin Hafiez dan sebelah kanan Habib Umar anaknya.

‌    Seperti yang kita tahu bahawasanya penjajah komunis membawa pahamannya ke negara yang dijajah dan tidak ingin agama islam secara khususnya tersebar. 
‌Denga‌n itu, puak komunis telah menjajah negara yaman pada puluhan tahun yang lalu khususnya di wadi Hadramaut terlebih khusus di kota tareem kota Ulama' Rabbani.
Ramai Ulama'-Ulama' di seksa, dipenjara bahkan dibunuh menyebabkan ramai para alim ulama' terpaksa menyembunyikan diri di rumah masing-masing dan berhenti dari berdakwah diluar bukan kerana takutkan musuh2 Allah akan tetapi penerusan dakwah yang akan datang ada sebahagian mereka berhijrah ke tempat yang lebih selamat supaya dakwah mereka tersebar luas, ujian ini ditimpa kepada mereka, akan tetapi Iman mereka sedikit pun tidak goyang bagai gunung yang terpasak tujuh bumi

  Untuk menunjukan keimanan mereka, tidak menjadi halangan bagi Ayahanda Habib Umar (Habib Muhammad) untuk meneruskan dakwahnya walau dikota Tareem. Beliau tidak takut akan penjajah walau sehelai rambut dengan keyakinan yang tinggi terhadap janji Allah. Di waktu itu memang suasana yang menyeramkan. Untuk pengetahuan Ayahanda Habib Umar adalah seorang ketua Mufti di Tarim, 
Jadi mufti tareem bukan calang-calang
perbualan awam itu fiqah minhaj


Pada hari Jumaat, 29 Zul-Hijjah 1392 hijriah bersamaan 2 Febuary 1973 masihiah

  Hari Jumaat para salaf di Tarim kebiasaannya ber'iktikaf di masjid pada waktu pagi lagi setelah pulang ke rumah masing-masing daripada menunaikan solat subuh supaya bersiap-siap untuk ber"jumaatan" di Masjid Jamik, jadi Habib Umar yang mana ketika itu berusia 9 tahun bersama Ayahandanya pergi ke  Masjid Jamik Tarim seperti kebiasaannya.
    Hishn Ranad (حصن الرناد) markas puak komunis dulu

dan juga siapa sahaja yang digelar sebagai pendakwah harus lah menandatangani atau melaporkan dirinya di markaz komunis yang bersebelan dengan Masjid Jamik Tarim tersebut bagi mengesahkan keberadaannya di Tarim.

     Allahyarham Habib Ali al-Masyhur (Mufti Tareem) bin Muhammad bin Salim bin Hafiez abang sulong Habib Umar memberi tausiyah di Masjid Jamik Tareem juga selaku imam di sana (dari belah dalam)


Pada pukul lebihkurang 10 pagi (kalau tak silap), beliau keluar dari masjid dengan meninggalkan anaknya dan ridak, habwa DLL untuk anaknya jagakan tempat untuk menandatangani pengesahan keberadaan beliau, Tapi malangnya beliau tidak kembali ke Masjid dan itu menyebabkan anaknya merasa kerisauan tapi ia harus tunggu sehingga ayahnya pulang.

Dan ini berterusan sampai azan Jumaat dilaungkan bahkan Imam Khatib menaiki mimbarpun masih tidak berkunjung tiba sampailah habis daripada Solat Jumaat dimana para jemaah sudah bersurai Habib Umar bertanya kepada sahabat-sahabat ayahnya tapi mereka tidak ingin mengecewakan beliau hanya hakikat yg tergantung sebagai tanda tanya menyebabkan keberanian beliau dicabar, tidak ragu-ragu mengedepankan dirinya ke markaz untuk bertanya tentang "dimanakah ayahnya".

Jawapannya hanyalah memandang jeling dan menghalau keluar yang hanya menambahkan kerisauan beliau, pulang ke rumahnya bersama kekecewaannya dan ridak habwa ayahnya, dan terus mencari tahu dimanakah ayahnya bertanya akan ibunya dan abangnya semua tidak memberi jawapan, mereka seakan-akan sudah mengetahui apa yang terjadi kepada ayahnya. Ini kerana keistimewaan yang ada pada ayahnya yang puak komunis sudah lama ingin menghalang dakwahnya Habib Muhammad bin Salim.

Daripada itu ayahanda Habib Umar belum dijumpai sejak penculikan yang berlaku di markas  tersebut sehingga kini 

Maka beliau Habib Muhammad bin Salim di gelar sebagai as-Syahid diculik dan tidak diketahui pemergiannya

    Pondok Darul Musthofa, Aidid, Tareem, Hardramawt diasaskan oleh Habib Umar

Dan dijadikan sebagai haul pada setiap akhir tahun hijriah bertepatan 29 Zul-Hijjah di Darul Musthofa, Aidid, Tareem dengan pembukaan pondok Darul Musthofa sendiri untuk mengingati perjuangan Ulama'2 di sana yang meneruskan dakwah menyebarkan Islam dan kasih sayang yang diwarisi dari peniggalan Datuk-datuk mereka sehingga sampai ke Akarnya iaitu junjungan kita Nabi Muhammad 

Banyak pelajaran yang kita boleh ambil dari memperingati kisah ini dan sengaja dibiarkan tergantung faedahnya supaya ditapis faedah yang lebih banyak

Kisah2 seperti ini banyak terjadi samada ulama’ yaman maupun di negara2 lain bahkan di tanah air sendiri sudah berlaku dan bukan sekali bahkan tidak henti sampailah kita mampu dilahirkan dalam keadaan islam...

Teguhkan pegangan dan kuatkan Iman dalam dan luar
Kerana musuh datang dari lubang yang terbiar

Sekian sahaja dari saya
Afwin abduh
Terima kasih kerana membaca semoga dijadikan tauladan dan bermanfaat buat ummat Aamiin 🤲🏼 segala kekurangan mohon di tegur InsyaAllah ada kebaikannya.

وصلى الله على سيدنا محمد و آله و صحبه و سلم 
والحمد لله رب العالمين.
و اللّٰه أعلم.

Rabu
11 Ogos 2021M,
02 Muharram 1443H

No comments:

Post a Comment

Biodata ringkas Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiez

  Ringkasan biodata Sayyidil Habib   Umar Bin Muhammad bin Salim bin Hafiez Ibnu as-Syeikh abu Bakr Bin Salim   Saya menulis ini denga...